SHAH ALAM –
Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal secara peribadi
berpendapat, generasi muda Umno dan Pas perlu memainkan peranan penting dalam
isu melibatkan pelaksanaan hudud yang dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan
(Adun) Kemelah, Johor, Datuk Ayub Rahmat baru-baru ini.
Menurutnya,
beliau melihat penambahbaikan dalam mencapai kata sepakat antara Umno dan Pas
berhubung hudud juga seharusnya bermula dari peringkat golongan muda.
“Saya secara
peribadi menyokong pelaksanaan hudud yang dicadangkan itu dan berharap
janganlah perkara tersebut dipolitikkan.
“Bagaimanapun,
saya lihat penambahbaikan Pas dan Umno perlu bermula dari golongan muda untuk
mencapai tujuan tersebut kerana golongan pemimpin-pemimpin lama antara
kedua-dua parti ini mungkin masih memendam perasaan tidak senang sesama
sendiri,” katanya semalam kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya,
sekiranya mahu hudud diimplementasikan, apa yang perlu dilakukan adalah satu
sesi penerangan secara menyeluruh mengenai hukum tersebut kepada orang ramai
tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam perlu dilaksanakan.
Katanya,
langkah tersebut perlu dilakukan supaya tidak menimbulkan ketegangan antara
kaum.
“Walaupun
tak perlu dilaksanakan secepat mungkin tetapi apa yang paling penting adalah
penerangan kepada orang bukan Islam malah orang Islam itu sendiri kerana
mungkin ada dalam kalangan kita yang tak tahu dengan mendalam mengenai hukum
hudud,” katanya.
No comments:
Post a Comment