PR BANTAH TEMA MERDEKA - "55 TAHUN MERDEKA
JANJI DITEPATI"
KUALA LUMPUR -
Pakatan Rakyat (PR) memberi tempoh seminggu kepada Kerajaan Pusat agar menukar
tema Hari Kemerdekaan "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" kerana ia
tidak wajar, malah tidak memberi gambaran terbaik berkenaan dengan semangat
kemerdekaan.
Sehubungan
itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tempoh seminggu diberikan
kepada kerajaan untuk menukar tema Hari Kemerdekaan kepada yang lebih inklusif.
“Jika kerajaan
tidak mengendahkan desakan ini, Pakatan Rakyat sendiri akan mencadangkan tema
lain yang lebih sesuai dan memberi gambaran terbaik untuk Hari Kemerdekaan,”
kata Mustafa semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan
Rakyat di sini, hari ini.
Tambah beliau,
PR menghormati hak kerajaan bagi menentukan tema Hari Kemerdekaan tetapi
pilihan itu mestilah sesuatu yang diterima oleh semua pihak.
“Kalau boleh
biarlah gunakan tema yang boleh diterima seluruh rakyat Malaysia. Jangan bila
orang tengok saja tema Janji Ditepati ini, mereka akan terus ingat kepada
BN," kata Mustafa.
Laporan media
semalam menyebut Pas Terengganu juga berkemungkinan tidak akan mengikut tema
yang ditetapkan Kerajaan Pusat dalam program khusus Pas negeri jika Putrajaya
terus menggunakan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” kali ini.
Pengarah
Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tema tersebut
dianggap sebagai kempen pilihan raya Umno dan BN serta tidak sesuai digunakan
pihak lain, khususnya di negeri PR.
Sehubungan
itu, Pas meminta agar menukar tema tersebut kepada yang lain kerana terlalu
jelas memperlihatkan unsur politik, yang tidak patut dicampuradukkan dengan
sambutan hari bersejarah itu.
Baru-baru ini,
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut menyeru negeri ditadbir PR supaya
tidak menggunakan tema Hari Kemerdekaan terbabit sebagaimana disiarkan. -(Sinar Harian)
KD: Alamak, kenapa PR bersikap sebegini? Setelah
pelbagai usaha dan bantuan telah disalurkan, jadi apa salahnya tema ini
digunakan. Pihak pembangkang tidak seharusnya berasa tergugat kerana kerajaan
melakukannya untuk rakyat keseluruhannya tanpa mengira apa pun fahaman politik.
No comments:
Post a Comment