Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan
Program Jom Beli Barang@Putrajaya dari 25 hingga 29 Julai ini.
Dalam satu
kenyataan pada Selasa, KPDNKK berkata ia akan dilancarkan menteri berkenaan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 26 Julai.
KPDNKK berkata
program yang dianjurkan sejak 2009 itu bertujuan membantu pengguna mendapatkan
barangan untuk persiapan Aidilfitri pada harga rendah.
Ini sekaligus
mampu mempergiat aktiviti perdagangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi
negara.
Program itu
bakal menyaksikan 268 gerai menjual pelbagai barangan antaranya produk
kecantikan, pakaian, alat telekomunikasi, barangan elektrik serta produk
makanan dan minuman.
KD: Wah, ini sudah bagus. Bertuah sungguh penduduk
Putrajaya, banyak program menarik disediakan oleh Perbadanan Putrajaya. Sebagai
salah satu Kompleks Pentadbiran Kerajaan, segala kemudahan dan aktiviti menarik
tersedia di sini.
No comments:
Post a Comment