GEORGETOWN -
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan boleh dilantik
sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 sekiranya beliau memenangi mana-mana kerusi
Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Md Ghazali berkata, jawatan itu
mungkin boleh diberikan kepadanya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) kekal
memerintah negeri. Katanya,
cadangan berkenaan juga boleh dibuat sekiranya tiada calon ternama lain yang
sesuai untuk jawatan itu.
“Setakat ini
PKR negeri belum pernah membincangkan tentang perkara ini namun sekiranya ada
peluang dan mengambil kira tiada calon lain yang ternama yang sesuai apa
salahnya kita berikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepadanya bagi mewakili
PKR,” katanya.
Bagaimanapun
Amir berkata, ia juga bergantung kepada parti sama ada mahu meletakkan Datuk
Dr Wan Azizah bertanding di Pulau Pinang
ataupun di negeri lain.
Katanya, AMK
memang amat mengalu-alukan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk kembali ke
Pulau Pinang dan beliau yakin momentum sokongan rakyat kepada isteri Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih lagi kuat.
Mengulas mengenai
kenyataan Adun Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendakwa tindakan
Dr Wan Azizah yang mahu bertanding di kerusi Pulau Pinang mempunyai agenda dan
kepentingan peribadi selain bukan mahu berkhidmat kepada masyarakat, Amir
berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Menurutnya,
tindakan Dr Wan Azizah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang
Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya adalah satu strategi PKR bagi
menghapuskan Umno di kawasan berkenaan.
KD: Nampaknya pembangkang mempunyai harapan besar untuk menakluki negeri Pulau Mutiara ini. Selain itu, DSAI juga dilihat mengembangkan 'sayapnya' melalui ahli keluarganya. Justeru, apakah relevan hasrat DSAI yang ingin bersara? Apapun, rakyat sedang menyaksikan kancah politik yang tiada kesudahan ini.
No comments:
Post a Comment