KUALA LUMPUR
13 Ogos - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan orang ramai agar tidak
melakukan pembakaran terbuka seperti membakar sampah sarap dan melakukan
kerja-kerja pertanian berikutan masalah jerebu tebal di utara Malaysia.
Sehingga 11
pagi ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan tiga kawasan yang
tidak sihat semalam berada pada tahap sederhana hari ini dengan catatan terbaru
iaitu Klang (IPU 78), Kedah (IPU 76) dan Kangar (IPU 73).
Ketua
Pengarahnya, Halimah Hassan berkata, jerebu kali ini berpunca daripada
pencemaran yang merentasi sempadan kerana bilangan titik panas di Sumatera
telah meningkat kepada 163 semalam.
"Laporan
Pusat Meteorologi ASEAN (ASMC) semalam juga menunjukkan kejadian lingkaran
jerebu meliputi Selat Melaka dan negeri sebelah utara pantai barat Semenanjung. /Utusan
No comments:
Post a Comment