KUALA LUMPUR: Terdapat kebenaran kepada dakwaan bahawa Israel memerintah dunia melalui proksi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya
tertanya-tanya adakah orang menyedarinya atau tidak tetapi calon-calon presiden
Amerika Syarikat iaitu kuasa besar tunggal, semua perlu mendapatkan kelulusan
daripada Israel.
"Calon
Republikan bagi jawatan Presiden, Mitt Romney, baru sahaja menziarahi Tel Aviv
dan telah membuat akur janji terbuka bahawa beliau akan lebih tegas terhadap
rakyat Palestin dan Iran berbanding Obama (Pesiden Barack Obama), katanya dalam
entiri terbaru dalam blognya di chedet.cc pada Isnin.
Dr Mahathir
percaya tidak lama lagi Obama akan melakukan lawatan sama dan akan menaburkan
banyak lagi janji untuk berjuang bagi Israel.
"Situasi
ini ganjil dan rakyat Malaysia tidak berfikir pendekatan ini elok semasa
pilihan raya umum.
"Bagaimana
jika calon-calon Malaysia bagi pilihan raya terpaksa melawat negara jiran untuk
berjanji persahabatan kita atau menyokong mereka?
"Pilihan
raya kita adalah untuk memperoleh sokongan rakyat Malaysia untuk parti yang
akan membentuk kerajaan. Apa yang negara lain berfikir mengenai dasar-dasar
kerajaan kita adalah tidak relevan," katanya. BERNAMA
No comments:
Post a Comment