KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) hari ini mencadangkan agar insentif diberi kepada syarikat-syarikat swasta yang mengambil bekerja bekas banduan dan bekas penagih dadah.
Naib Pengerusi
MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau akan meminta supaya cadangan itu
dimasukkan dalam belanjawan 2013 yang akan dibentangkan nanti.
Lee berkata,
"(Pada masa ini) kebanyakan syarikat swasta tidak berminat membuka peluang
pekerjaan kepada mereka tetapi lebih suka mengambil pekerja asing,"
katanya.
Beliau
mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar baru-baruini bahawa
pihaknya akan cuba membantu bekas banduan dan bekas penagih dadah dalam
mendapatkan pekerjaan selepas mereka dibebaskan.
"Kita
juga akan cuba membantu mereka... kalau tidak ada pekerjaan kita akanberbincang
dengan jabatan buruh," katanya.
Lee berkata,
ini memandangkan golongan tersebut telah diberi latihan dan kemahiran yang
cukup semasa menjalani tempoh tahanan. – BERNAMA/Mstar
KD: Cadangan ini mungkin baik namun KD pasti ia agak
sukar direalisasikan. Ini kerana masyarakat di luar sana masih ragu-ragu
dengan keselamatan dan kebolehpercayaan terhadap golongan ini. Bukan niat
menghina tetapi apabila wujud beberapa kes termasuk penipuan, salah guna dan penyelewengan golongan itu,
masyarakat mula berasa takut dan kurang yakin. Justeru, jika benar ia ingin
dilaksanakan, perlu ada perancangan dan pelaksaannya biarlah secara
berperingkat.
No comments:
Post a Comment