KUALA LUMPUR:
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan keputusan kerajaan
mengekalkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi
sektor swasta pada 55 tahun adalah satu keputusan yang tepat.
Presidennya,
Mohd Khalid Atan berkata keputusan itu adalah tepat kerana majoriti pekerja
swasta mahukan peraturan sekarang dikekalkan walaupun kerajaan telah
melanjutkan had umur persaraan minimum pekerja swasta kepada 60 tahun.
"Pencarum
ketika ini boleh membuat pengeluaran separa KWSP pada usia 50 tahun sementara
pengeluaran penuh hanya dibenarkan selepas pencarum bersara iaitu 55 tahun.
"Keputusan
ini amat kami alu-alukan kerana MTUC sejak awal lagi memberi pilihan kepada
pencarum sama ada mahu mengeluarkan wang caruman pada usia 55 atau 60
tahun," katanya ketika dihubungi Bernama. Mohd Khalid berkata, MTUC juga
telah menjalankan kaji selidik dalam kalangan pekerja swasta tentang pemilihan
untuk mengeluarkan wang caruman KWSP pada usia 55 atau 60 tahun.
Katanya, hasil
kaji selidik mendapati 80 peratus pekerja swasta memilih untuk mengeluarkan
wang caruman KWSP pada usia 55 tahun manakala selebihnya pada usia 60 tahun. – Mstar
KD: Wajarlah kerajaan mendengar suara pekerja swasta.
Mereka juga memainkan peranan dalam penjana ekonomi negara. Jadi, kebajikan
mereka perlu dijaga. Isu kewangan bukanlah perkara enteng yang boleh dipandang
mudah. Perkembangan turun naik ekonomi dan taraf hidup rakyat negara ini perlu
difahami.
No comments:
Post a Comment