KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Program Transformasi Negara yang sedang berlaku sekarang sentiasa mengambil pendekatan melalui konsep 'islah' untuk mencapai sasaran sebagai sebuah negara maju.
Beliau
berkata, pendekatan 'islah' ini berjaya memperbaiki keadaan Malaysia daripada
sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian
berpendapatan sederhana tinggi.
"Kini,
kita mengorak langkah islah kita, mendukung visi menjadi sebuah negara maju
berpendapatan tinggi, Insya-Allah," katanya dalam perutusan sempena
Peristiwa Nuzul Al-Quran 1433 Hijrah, hari ini, dalam blognya,
1malaysia.com.my.
Beliau juga
berdoa agar dengan keberkatan Nuzul Al-Quran yang terjadi di bulan Ramadan ini,
Allah akan menyatukan hati umat Islam di negara ini bagi menjaga dan memperkasa
Agenda Islam sebagai wadah ‘islah’ dan transformasi negara Malaysia.
Hari Nuzul Al-Quran
yang jatuh pada bulan ini merupakan panduan lengkap dan bermukjizat bagi
manusia mengendalikan kehidupan duniawi dan ukhrawi, katanya.
Menurut beliau
lagi, berpegang kepada kepentingan al-Quran ini, kerajaan meletakkan Al-Quran
sebagai satu mauduk penting dalam sistem pendidikan umat Islam.
Al-Quran
diajar dalam arus perdana pendidikan rendah dan menengah negara melalui
penambahbaikan kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta pendekatan Jawi,
Al-Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-Qaf) secara komprehensif, katanya. –Bernama/SinarHarian
KD: ‘Islah’ dalam (Bahasa Arab: إصلاح) berasal dari kata kerja
Aslaha (Bahasa Arab: أصلح) yang bermaksud pembaikan. Ia membawa maksud
pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik. (http://ms.wikipedia.org)
Tuntutan ini
meliputi mengubah keadaan yang tidak baik kepada yang baik atau memperbaiki
lagi keadaan sedia ada. Berdasarkan Islah, manusia perlu berfikir dengan cara
berbesa daripada biasa. Berfikir secara biasa ini merupakan sebahagian daripada
unsur kreativiti dan inovasi. (http://ms.wikipedia.org)
No comments:
Post a Comment