BACHOK - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan
Nasional (BN) tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan termasuk dalam soal
pembayaran bayaran tunai petroleum.
Menurut
Perdana Menteri, berpegang pada prinsip adil untuk rakyat Malaysia sebagaimana
diperintahkan oleh Allah, maka beliau telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa
Khas bagi menyelesaikan secara adil, telus dan saksama isu bayaran petrolum
kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Bagaimanapun
kata Perdana Menteri, apa yang dikesalkan sikap parti pembangkang terus
mempolitikkan isu tersebut dengan melemparkan pelbagai tuduhan kononnya
Kerajaan Pusat mengkhianati dan menipu rakyat Kelantan.
"Kita
berlaku adil kepada rakyat Malaysia kerana ini perintah Allah, kita takut pada
Allah, kita tak takut pada yang lain. Begitu juga dalam mengagihkan kekayaan
negara kita agih secara adil.
"Sebab
itu bila timbul isu royalti, isu ini tidak dapat diselesaikan kerana masih lagi
dibangkit-bangkitkan, yang menjadi sasaran Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed),
Awang Adek (Datuk Dr. Awang Adek Hussin). Saya juga menjadi sasaran kononnya
kami mengkhianati, menipu rakyat Kelantan.
"Di bumi
Kelantan ini, sempena bulan Ramadan kami tidak menafikan hak rakyat Kelantan
sama sekali. Kita nak berlaku adil, tulus, nak buka buku baru kepada rakyat
Kelantan bahawa Kerajaan Pusat tak menafikan hak walau satu tong minyak pun hak
Kelantan," katanya di sini hari ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment