PETALING JAYA
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Polis Diraja Malaysia
(PDRM) perlu membangunkan strategi baharu dalam membanteras jenayah untuk
meraih kepercayaan awam dan memperlengkapkan diri mereka dalam menghadapi
pelbagai cabaran zaman moden.
Beliau
berkata, dalam melakukan transformasi, pasukan perlu mempunyai perubahan
kerangka minda secara menyeluruh, keseimbangan etika yang padu, penguatkuasaan
ketat serta kepimpinan yang utuh dan efektif di semua peringkat.
"Kita
(PDRM) perlu membuat penyesuaian dengan perubahan keperluan orang ramai dan
masyarakat. Kita memakai uniform kerana kita mahu melindungi warganegara kita
dan ia bukan sekadar satu profesion.
"Ia juga
bagi memenuhi cabaran dalam menguruskan operasi satu pasukan polis dalam zaman
moden ini dan dalam kalangan masyarakat yang lebih berpendidikan yang
mengharapkan standard tinggi, sedar akan hak mereka.
"Oleh
yang demikian sebagai satu pasukan polis, kita perlu melakukan transformasi
pada diri kita sendiri," katanya./Kosmo
No comments:
Post a Comment