Kuala Lumpur:
Pengguna pengangkutan awam tidak bersetuju dengan cadangan Persatuan Pengusaha
Bas SeMalaysia (PMBOA) mahu tambang bas ekspres dan henti-henti dinaikkan.
PMBOA dalam
memorandumnya kepada Kementerian Kewangan baru-baru ini mencadangkan kenaikan
30 peratus di Semenanjung dan 40 peratus di Sabah dan Sarawak.
Cadangan keterlaluan
Pengguna
menyifatkan cadangan itu keterlaluan, sekalipun pengusaha bas mendakwa
mengalami kenaikan kos operasi sejak empat tahun lalu.
Pesara
kerajaan, M Ramanathan, 59, berkata kenaikan sehingga 40 peratus akan
membebankan pengguna, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
“Saya tak
setuju kerana kenaikan 30 peratus (di Semenanjung) diminta terlalu tinggi.
Lagipun pengangkutan awam adalah satu keperluan asas”, katanya ketika ditemui
di Hentian Bas Jalan Pekeliling, semalam.
Ramanathan dalam
perjalanan ke Mentakab, Pahang, ditemani isterinya, C Selvarani yang turut
tidak bersetuju dengan cadangan PMBOA.
Bebankan pelajar
Pengguna
pengangkutan awam, Wan Alfi Rahmie Wan Makazan, 19, berkata kenaikan itu akan
membebankan golongan pelajar sepertinya yang bergantung kepada bas henti-henti
untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.
“Tak adil
macam ini. Kerajaan kena kaji betul-betul, kalau nak naik tambang sekalipun,
jangan sampai 30 peratus, kata pelajar UiTM Jengka, Pahang. “
Kakitangan
swasta, Soo Guen Eng, 44, berkata kenaikan tambang itu boleh dibuat secara
munasabah dan bukannya tergesa-gesa bagi mengelakkan rakyat dibebani dengan
kenaikan kos sara hidup.
“Kos hidup
sekarang sudah tinggi jangan ditambah beban rakyat. Kalau mahu kaji, kena buat
ikut tahun dan bukan tergesa-gesa. Kalau kaji setiap dua tahun pun boleh tetapi
kalau minyak turun tambang juga perlu turun, “ katanya mengulas cadangan PMBOA
supaya kerajaan merangka formula kenaikan tambang automatik setiap dua tahun
sekali.
No comments:
Post a Comment