KUALA LUMPUR:
Sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama Bersih akan menganjurkan satu
perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam sambutan Hari Merdeka bagi mengulangi
tuntutan penambahbaikan pilihan raya.
Wakil kumpulan
itu iaitu Pengerusi bersama Bersih, Datuk A Samad Said berkata, perhimpunan itu
yang dikenali sebagai “Janji Bersih” akan bermula pada pukul 10 malam pada 30
Ogos, bertempat di sebelah pancutan air berhampiran dengan tepi Dataran
Merdeka.
Semua yang
menyertainya diminta untuk memakai pakaian warna kuning.
“Objektif kami
adalah untuk meminta rakyat Malaysia supaya sentiasa ingat bahawa sambutan
kemerdekaan perlu berlandaskan demokrasi yang telus,” kata Samad pada sidang
media di Dewan Perhimpunan Cina di sini, Khamis.
Beliau
berkata, para penganjur belum lagi menjangkakan berapa ramai yang akan hadir
tetapi katanya, perhimpunan yang seperti itu turut akan diadakan pada waktu
yang sama di lokasi-lokasi lain seluruh negara dan semua orang, termasuk
pemimpin parti politik akan dijemput untuk menyertainya.
Ketika ditanya
sama ada para penganjur merancang untuk memohon permit daripada polis untuk
menganjurkan majlis itu, aktivis politik, Hishammuddin Rais yang turut hadir
pada sidang media dan menjawab mewakili penganjur berkata, isu itu tidak
dibangkitkan.
Beliau
berkata, ini kerana majlis tersebut adalah bermakna bagi membolehkan rakyat
Malaysia menyokong terhadap tuntutan kepada pilihan raya yang bersih, untuk
menyertai detik sambutan kemerdekaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada
malam itu.
Bersih pada
tahun lalu mengeluarkan lapan tuntutan terhadap kerajaan, di mana antaranya
termasuk mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung
penambahbaikan proses pilihan raya.
Laporan PSC
mengandungi 22 cadangan yang dibentangkan di Parlimen pada April dengan
kerajaan kini mengkaji dan melaksanakan cadangan tersebut.
No comments:
Post a Comment