KUALA LUMPUR:
Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara akan
dikurangkan sebanyak 10km sejam (km/j) dalam usaha memastikan keselamatan
pengguna jalan raya ketika perjalanan 'balik kampung' untuk menyambut
Aidilfitri.
Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pengurangan kadar had laju itu
akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula 12 Ogos sehingga 26 Ogos.
Katanya,
sehubungan itu had laju bagi jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j
daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.
"Langkah
ini diambil bagi memberi kesedaran pada orang ramai mengenai keselamatan jalan
raya yang mana kelajuan tinggi merupakan faktor utama yang menyumbang kepada
peningkatan angka kemalangan saban tahun.
"Justeru
kerajaan berharap bahawa tindakan dan intervensi ini akan membawa impak positif
dalam usaha mengurangkan kemalangan, kadar kecederaan parah sertakematian
akibat kemalangan jalan raya," katanya kepada pemberita selepasmelancarkan
Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempenaAidilfitri
di Terminal Bersepadu Selatan di sini, Khamis.
Hadir sama
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah MatHassan, Ketua
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Leslie Leon, KetuaPengarah Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Salleh Yusup, Ketua PengarahInstitut
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Dr Wong Shaw Voon dan TimbalanKetua
Pasukan Bukit Aman ACP Mohd Fuad Abd Latif.
Kong berkata,
semua kenderaan barangan yang membawa muatan berat bukan bekalan keperluan
harian juga dilarang menggunakan lebuh raya di seluruh negara pada 17 dan 18
Ogos serta 25 dan 26 Ogos.
Katanya,
larangan tersebut dikeluarkan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada
pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung masing-masing sebelum dan
selepas Aidilfitri.
Sementara itu,
beliau berkata, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih didalam peringkat
percubaan dan dijangka beroperasi sepenuhnya selewatnya hujungtahun ini.
Katanya, pada
masa ini, sistem tersebut telah dibangunkan di 10 lokasi 'blackspot' di seluruh
negara dan sedang diuji keberkesanannya sebelum ianya dilaksanakan secara
berperingkat.
"Kesemua
kamera akan dipasang secara berperingkat dan buat masa ini kitalakukan percubaan
terhadap sistem tersebut bagi memastikan pelaksanaannya nanti berjalan lancar
dan berfungsi dengan betul".
Beliau
berkata, sebagai langkah peringatan kepada pemandu, papan tanda pemberitahuan
'Zon Operasi Kamera' yang mencukupi akan dipasang dalam lingkungandua kilometer
daripada lokasi kamera.
Sistem itu
yang akan dilaksanakan di 825 kawasan berisiko kemalangan dan kawasan lampu
isyarat pada mulanya dijangka dilaksana sepenuhnya di seluruh negara bermula 12
Ogos ini.
Dalam pada
itu, Kong berkata, bagi memastikan keadaan bas dan pemandu dalamkeadaan baik,
JPJ akan membuat pemeriksaan di 32 buah terminal utama di seluruh negara dengan
memberi tumpuan kepada brek dan tayar bas.
"Demi
memastikan pemandu bas ekspres bebas dari pengaruh dadah, pasukan narkotik dari
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut bersama membuat pemeriksaan di
terminal-terminal bas utama di seluruh negara.
"Selain
itu, JPJ juga akan mempunyai pasukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres
untuk memerhatikan tingkah laku pemandu bas," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment