PETALING JAYA: Tiga negeri yang dikuasai pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akhirnya akur dengan arahan supaya menggunakan tema sambutan Hari Kemerdekaan yang sama iaitu `Sebangsa, Senegara, Sejiwa' walaupun ia tidak dipersetujui sebelum ini.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menafikan dakwaan
persetujuan ketiga-tiga negeri berkenaan hanya dicapai selepas menerima
kritikan daripada banyak pihak kononnya pembangkang gagal mencapai persetujuan
dalam menentukan tema yang seragam.
"Ia bukan
sebegitu (lepas menerima kritikan). Sebenarya apa yang berlaku ialah Pulau
Pinang, Kedah dan Kelantan sudah buat keputusan awal. Jadi sebab itu mereka
umumkan awal.
"Tapi
selepas ianya dirujuk kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, mereka setuju
untuk ikut. Ini menunjukkan kesediaan negeri-negeri ini untuk bersama dengan
kita," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
(PKR) di sini, Khamis.
Sebelum ini
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjelaskan pembangkang memutuskan tema
sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini ialah `Sebangsa, Senegara, Sejiwa.'
Bagaimanapun
ia hanya dipersetujui oleh Selangor, manakala Kelantan memilih tema `Menerajui
Perubahan' dan Kedah dengan tema '55 Tahun Merdeka Terus Berbakti: Pulau Pinang
turut menolak dan memilih tema 'Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat.'
Sementara itu
pada sidang media yang sama Exco Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan tidak
timbul dakwaan kononya negeri yang ditadbir pembangkang enggan menggunakan tema
yang sama kerana mereka mempunyai hak untuk memilih tema sendiri bagi sambutan
peringkat negeri.
"Kita
boleh ada dua tema, memang Kelantan tolak penggunaan tema peringkat kebangsaan
yang diberikan Kerajaan Persekutuan. Jadi kita pilih tema `Menerajui
Perubahan'.
"Namun
kita juga bersetuju agar menggunakan tema Pakatan Rakyat sebagai tema
kebangsaan iaitu `Sebangsa, Senegara, Sejiwa'," katanya.
No comments:
Post a Comment