TEMA MERDEKA KEEMPAT BAGI NEGERI PAKATAN
Pulau Pinang mengumumkan bahawa ia tidak akan menggunakan tema Hari Merdeka alternatif Pakatan Rakyat kerana ia telahpun memutuskan temanya sendiri pada bulan Julai lalu.
Pulau Pinang mengumumkan bahawa ia tidak akan menggunakan tema Hari Merdeka alternatif Pakatan Rakyat kerana ia telahpun memutuskan temanya sendiri pada bulan Julai lalu.
Ini bermakna
semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat akan menggunakan tema Merdeka
yang berlainan.
Bercakap dalam
satu sidang akhbar hari ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan
negeri akan menggunakan tema ‘Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat’.
Pakatan telah
mengumumkan Sebangsa, Senegara, Sejiwa
pada 1 Ogos lalu sebagai tema alternatif kepada tema kerajaan pusat Janji
ditepati.
Tema kerajaan
pusat itu menjadi sasaran kritikan kerana ia juga digunakan oleh BN sebagai
tema kempennya menjelang pilihan raya umum.
Seperti Pulau
Pinang, Kedah dan Kelantan telah pun memutuskan tema masing-masing sebelum
kepimpinan tertinggi Pakatan mengumumkan tema alternatif tersebut.
KD: Tambah satu lagi tema untuk Pakatan Rakyat. Memang
meriah..
No comments:
Post a Comment