Kajian yang
dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat
meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.
Sokongan juga meningkat ke
atas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan juga Kedah namun sedikit penurunan
di Kelantan.
Kajian itu juga menunjukkan
penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya
dalam pilihan raya umum nanti.
Kajian itu dibuat oleh Pusat
Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya
Universiti Malaya (UMCEDEL) yang bertajuk Pola Pengundian Menjelang
Pilihanraya Umum ke-13.
Kajian terbaru yang dibuat
adalah pada 1 -16 September 2012 di
seluruh Semenanjung Malaysia.
Bilangan responden ialah
1536. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik
Cina dan etnik India.
Pemilihan responden dipilih
secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.
Apabila ditanya, parti mana
akan menang dalam PRU-13, kajian Mac - April menunjukkan keyakian kepada BN
akan menang adalah 49% sedangkan kajian terbaru menunjukkan ianya menurun
kepada 44% sahaja.
Keyakinan kepada kerajaan
Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara dari 38% kepada 50% manakala
untuk BN dari 28% jatuh kepada 16%.
Begitu juga di Kedah.
Keyakinan kepada Pakatan naik dari 37% kepada 48% dan kepada BN turun dari 40%
kepada 32%.
Namun untuk negeri Kelantan,
keyakinan kepada Pakatan jatuh sedikit dari 44% kepada 41% manakala BN naik
dari 27% kepada 32%. Namun, kecondongan pengundi tetap kepada Pakatan Rakyat.
Debat
Kajian itu juga mendapati, harapan rakyat amat tinggi agar berlaku perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
72% berharap ianya diadakan
manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.
Menurut kajian itu,
populariti Najib juga menurun dari 61% pada bulan Mac lalu kepada 58% pada
September 2012 ini. -Harakahdaily
No comments:
Post a Comment