KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat jenayah penyaluran dana asing yang boleh mengganggu keselamatan negara, kata Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.
"Penyaluran
dana asing secara haram kepada golongan yang secara terang-terangan terlibat
dalam gerakan antikerajaan adalah satu ancaman ke atas keselamatan negara kita.
"Ini
bukan isu politik tapi isu keselamatan negara," katanya kepada pemberita
di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Zahrain
mengulas dakwaan penyaluran dana asing kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.
Beliau
menegaskan penyaluran dana asing ini adalah satu gerakan subversif moden kerana
terbukti menyebabkan huru-hara dan keruntuhan beberapa negara di Timur Tengah
dan Afrika.
Zahrain
mendakwa wujud pertubuhan subversif yang berselindung di sebalik hak asasi
manusia atau kebebasan yang diusir keluar dari Mesir dan Rusia.
"Kita
tidak perlu menunggu sehingga nasi menjadi bubur seperti di Mesir atau sehingga
jalan raya kita dipenuhi rakyat yang diperdaya kuasa asing.
"Saya
ingin mendesak agar Bank Negara menjelaskan status sebenar kes-kespenyaluran
dana asing secara haram ke dalam negara ini," katanya. -BERNAMA
No comments:
Post a Comment