PETALING JAYA: Parti komponen Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap saranan agar menyingkir mana-mana pemimpin atau anggota yang melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Kepimpinan BN
dengan tegas menyatakan bahawa tiada ruang untuk mana-mana ahli yang tidak
setia.
Kenyataan itu
sebagai respon kepada gesaan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu bahawa
Umno akan menyingkirkan ahli mereka yang melakukan sabotaj kepada parti
walaupun BN memenangi kerusi di kawasan berkenaan.
Setiausaha Agung
BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perbuatan sabotaj merupakan
kesalahan serius dan menegaskan agar semua parti komponen supaya tidak bertolak
ansur terhadap mana-mana pihak yang menentang BN.
Katanya PRU 2008
merupakan pengalaman pahit bagi BN apabila perbuatan sabotaj menjadi punca
kepada kegagalan BN untuk mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen.
"Umno tidak
akan bertolak ansur dengan perbuatan tidak setia malah begitu juga parti-parti
komponen yang lain. Kita tidak mahu ada orang yang melakukan sabotaj di
kalangan kita," kata Tengku Adnan.
Sementara itu Naib
Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata komponen BN tidak perlu bertolak
ansur dengan ahli yang mengkhianati mereka.
"Kita perlu
menghantar mesej yang kuat kepada ahli-ahli bahawa kesalahan itu adalah
serius," tambah beliau.
Bagi Setiausaha
Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha, beliau berkata jawatankuasa pusat telah
mengumumkan enam bulan lalu bahawa parti itu akan mengambil tindakan tatatertib
terhadap mereka yang melakukan sabotaj kepada calon BN.
Manakala Presiden
Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu telah memecat ahli yang
melakukan sabotaj kepada calon BN dalam pilihan raya umum sebelum 2008 dan
menegas tidak akan teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama sekali lagi.
Timbalan Presiden
Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata parti itu pada
masa lalu pernah menggantung atau memecat ahli yang didapati bersalah atas
kesalahan mensabotaj.
"Kami
memandang serius kesalahan itu. Anda mesti setia kepada parti anda. Kekecewaan
atau kecewa bukanlah sebab untuk sabotaj," katanya.
Presiden Pertubuhan
Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok berkata
parti itu tidak akan bertolak ansur dengan ahli yang melakukan sabotaj walaupun
parti itu tidak pernah mengalami masalah berkenaan sebelum ini.
Dalam pada itu
Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel berkata perbuatan sabotaj jarang berlaku
dalam parti namun memberi jaminan akan bertindak tegas mengenainya sekiranya
terjadi.
Presiden PPP, Datuk
Seri M. Kayveas berkata jawatankuasa disiplin parti itu akan bertindak dengan
segera jika terdapat sebarang kejadian sabotaj pada PRU akan datang. -MStar
No comments:
Post a Comment