PETALING JAYA: Pelopor enjin carian internet - Google menerima aduan
rasmi dari Malaysia yang meminta membuang klip filem kontroversi anti-Islam
Innocence of Muslims daripada laman YouTube.
Ketua Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri
Yusof berkata, mereka menerima aduan dan permintaan rasmi daripada Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan mengesahkan kedua-dua pihak sudah
mengadakan perbincangan untuk tindakan selanjutnya.
"Google berpegang teguh kepada undang-undang di setiap negara. Jadi
(kita) akan bertindak berdasarkan aduan rasmi daripada badan kawal selia,"
katanya.
Zeffri bagaimanapun berkata badan kawal selia berkenaan perlu menyatakan
butiran undang-undang atau peraturan kecil sedia ada yang dilanggari apabila
membuat aduan.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan bahawa
suruhanjaya itu telah membuat aduan rasmi kepada Google.
"Kami telah berbincang dengan Google dan meminta mereka untuk
membuang klip berkenaan," katanya.
Sedutan filem, Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang disiarkan di
YouTube mencetuskan kontroversi apabila menggambarkan Nabi Muhammad tidur
dengan ramai wanita, pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan
Islam pertama.
Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti
Islam, Terry Jones yang pemah mencetuskan kontroversi cuba membakar Al-Quran
untuk kempen membenci Islam di Amerika Syarikat.-MStar
No comments:
Post a Comment