KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan kini sedang merangka untuk membina laluan keretapi laju bagi menghubungkan negeri itu dengan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Johor untuk keperluan jangka masa panjang.
Exco Kerajaan
Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beberapa pihak berkaitan telah
dihubungi untuk membantu membuat rangka awal cadangan laluan keretapi tersebut.
Menurut
beliau, pembinaan laluan keretapi itu akan menggunakan wang dari bayaran royalti
kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
"Jadi
saya berharap Kerajaan Kelantan masa depan boleh buat jawatankuasa untuk
mengkaji membina laluan keretapi laju mengguna duit royalti.
"Duit
royalti dari telaga (Bunga) Kamelia sahaja bermula tahun hadapan akan diperolehi
kelantan insyaAllah RM500 juta satu tahun.
"Kalau
kos keratapi laju RM4 hingga RM5 bilion, itu masih dalam kemampuan kerajaan
negeri," katanya.
Tambah beliau
lagi, pembinaan itu nanti akan membantu perkembangan ekonomi Kelantan selain
mempercepatkan masa perjalanan dan memudahkan perhubungan.
Pembinaan itu
juga dilihat akan membantu mengurangkan penggunaan kenderaan rakyat Kelantan
khususnya yang berada di perantauan untuk pulang ke kampung halaman terutama di
musim perayaan dan cuti umum.
"Keretapi
yang ada sekarang ini terlalu perlahan dan laluannya masih laluan yang dibuat
oleh penjajah dahulu.
"Kita
mencadangkan perjalanan dari KB ke KL lebih cepat dan selesa," katanya.
Saiz landasan
Menurut Husam,
kalau mengguna size landasan keretapi sekarang, keretapi itu akan boleh
bergerak dengan kelajuan maksima 150 km/jam.
"Dengan
kelajuan ni, keretapi diesel pun boleh buat. Tak perlu pakai elektrik.
"Cuma
kalau kita boleh sambung dari Temerloh ke Kuala Lumpur, perjalanan boleh
disingkatkan ke tiga jam," terang beliau.
Bagi beliau,
satu jam amat mustahil kerana size rail dan gerabak juga perlu ditukar.
"KTM
pakai meter gauge (1 meter gap). ERL pakai standard gauge (1.4 meter gap).
"Kalau
kita buat double trek sahaja, 4 atau 5 Bilion dah cukup. Kalau nak elektrik, kena double," jelas
beliau lagi mengenai spesifikasi landasan baru itu. -Harakahdaily
KD: Wow.. tidak lam lagi mudahlah orang Kelantan balik kampung.. jika sebelum ini terpaksa memandu hingha berjam-jam lamanya, mungkin bila adanya keretapi laju itu nanti, rakyat Kelantan tidak payah membuang masa di perjalanan sahaja.
KD: Wow.. tidak lam lagi mudahlah orang Kelantan balik kampung.. jika sebelum ini terpaksa memandu hingha berjam-jam lamanya, mungkin bila adanya keretapi laju itu nanti, rakyat Kelantan tidak payah membuang masa di perjalanan sahaja.
No comments:
Post a Comment