Menteri
Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia selarasdengan
pengumuman Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dan antara input yangakan
dikaji ialah mengenai pelajar pintar yang hanya melalui sembilan tahunzaman
persekolahan berbanding 11 tahun yang dilalui pelajar-pelajar biasa.
"Kita
bernasib baik kerana kita masih dalam peringkat di mana pandangan dan cadangan
dibuka oleh Kementerian Pelajaran kepada semua pihak untuk kita bantumelahirkan
dasar pendidikan yang baharu.
"Saya
percaya kita akan merumus dan memberi pandangan dan input yang akanfacilitate
pelajar-pelajar pintar ini," katanya kepada pemberita selepasmenyampaikan
insentif dan surat tawaran belajar kepada ratu terjun negaraPandelela Rinong
Pamg pada majlis sambutan Aidilfitri Bahagian Sukan KPT disini, Rabu.
Mohamed Khaled
berkata kementerian menyedari bahawa kerajaan ada menyediakanprogram-program
khusus untuk pelajar-pelajar pintar, justeru pihak kementeriandan IPT tidak
boleh mengenepikan program khas tersebut.
Kementerian
dan IPT sebaliknya harus memikirkan bagaimana untuk menampungpelajar-pelajar
pintar terbabit kerana ia sebahagian daripada usaha-usahakerajaan, katanya.
BERNAMA/MStar
KD: Harap sangat cadangan ini direalisasikan..
No comments:
Post a Comment