PETALING JAYA:
Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan melalui mesyuarat pimpinan tertinggi
bahawa Selangor akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (Dun)
secara berasingan.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari
ini berkata, keputusan itu diambil kerana Selangor merupakan negeri yang
mempunyai pertambahan pengundi yang ramai dan tidak dapat diselesaikan.
Jelasnya,
Pakatan Rakyat yang bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Mentei
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan bahawa senarai nama
daftar pengundi yang meragukan gagal dibersihkan sepenuhnya.
"Keputusan
telah kita perolehi bahawa Selangor akan melakukan pilihanraya berasingan dan
ini diputuskan apabila kita mendapati negeri ini merupakan jumlah pertambahan
pengundi yang ramai serta meragukan.
"Kita
melihat perkara tersebut sebagai masalah yang tidak dapat diselesikan yang mana
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal untuk membersihkan senarai nama
pengundi," katanya.
Pada sidang
media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula menyatakan Kelantan
akan turut serta untuk membubarkan Dun bersekali dengan pembubaran parlimen
pada pilihan raya nanti.
"Kerajaan
Negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan
Kerajaan Pusat.
"Namun
perkara tersebut belum diputuskan oleh Kedah pada waktu ini sama ada ingin
mengadakan pilihan raya berasingan atau pun tidak," kata beliau.
Sementara itu,
Pakatan Rakyat juga akan turut membuat pertimbangan jika Pulau Pinang ingin
membuat pilihan raya berasingan jika Ketua Menteri merasakan daftar pemilih
yang ada sekarang meragukan. -Harakahdaily
KD: Macam pelik pula apabila pilihan raya dibuat secara berasingan. Bukankah lebih mudah jika diselaraskan?
KD: Macam pelik pula apabila pilihan raya dibuat secara berasingan. Bukankah lebih mudah jika diselaraskan?
No comments:
Post a Comment