KUALA LUMPUR: Peningkatan titik panas di Sumatera, Indonesia menyebabkan kemerosotan
kualiti udara di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Dalam
kenyataan pada Selasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata pertambahan titik
panas itu dikesan sejak tiga hari lepas.
Menurut
kenyataan itu, Asean Specialised Meterological Centre (ASMC) semalam melaporkan
bilangan titik panas di Sumatera masih tinggi iaitu 231 manakala Kalimantan
561.
Menurut
JAS, angin monsun barat daya yang masih bertiup dari kawasan titik panas di
Sumatera Tengah ke Pantai Barat Semenanjung, turut menyumbang kepada
kemerosotan kualiti udara.
Sebelum
ini, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan keadaan panas dan kering di
rantau ini akan berpanjangan sehingga Oktober.
Pada
Selasa keadaan jerebu di negara ini masih di tahap sederhana dengan Nilai,
Negeri Sembilan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu
93.
Selain
itu, bacaan di 40 lokasi lain termasuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berada
pada tahap sederhana iaitu di bawah 80 setakat 11 pagi ini, dengan Kuala Lumpur
mencatat bacaan 76 dan tiada stesen mengalami tahap tidak sihat.
JAS juga
masih menguatkuasakan perintah larangan pembakaran terbuka di seluruh negeri
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 16 Jun lepas.
Selain itu
perintah sama masih berkuatkuasa di kawasan Tudan, Permai Jaya dan Kuala Baram,
Miri, Sarawak sejak 22 Jun.-BERNAMA/MStar
No comments:
Post a Comment