BANGKOK:
Kerajaan Malaysia tidak terlibat apabila pemberontak mengibarkan Jalur Gemilang
di selatan Thailand pada Jumaat lepas.
Ketua
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Jen Pol Wichien Potposri hari ini berkata
kerajaan Malaysia bukanlah pihak bertanggungjawab di sebalik aktiviti
mengibarkan bendera negara berkenaan.
"Thailand
dan Malaysia mempunyai hubungan yang sangat baik dan kerjasama yang sangat
akrab dalam menyelesaikan konflik di selatan Thailand," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara di sini.
Jalur Gemilang
dikibar dengan banyak di Pattani, Yala dan Narathiwat pada Jumaat lepas,
serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia.
Bendera itu
turut kelihatan dipasang di pokok dan tiang lampu selain dibawa oleh beberapa
lelaki.
THAILAND-MALAYSIA
2 (AKHIR) BANGKOKSebab pemberontak mengibarkan bendera Malaysia di ketiga-tiga
wilayah di selatan itu masih samar.
Jen Pol
Wichien berkata tidak menjadi kesalahan untuk orang ramai membawa masuk bendera
Malaysia melalui sempadan Malaysia-Thailand.
Komander 4th
Army Mej Jen Udomchai Thammasaorath percaya motif pemberontak adalah untuk
mewujudkan perselisihan faham antara Thailand dan Malaysia.
"Kami
mempunyai hubungan yang sangat mesra. Apa jua yang berlaku tidak akan
mewujudkan perselisihan faham antara kedua-dua negara," katanya.
Terdapat lebih
100 serangan dilancarkan di ketiga-tiga wilayah itu Jumaat lepas dengan kes
terburuk membabitkan sebuah gedung perniagaan di Narathiwat yang dibom dengan
kerugian dianggar berjumlah 60 juta Baht (kira-kira RM6 juta).
Ini kali ke-17
gedung perniagaan itu dibom dalam tempoh tujuh tahun dan serangan terbaru ini
adalah yang terburuk.
Serangan
bersepadu itu yang dijalankan di tiga wilayah itu dipercayai sempena sambutan
ulang tahun Barisan Bersatu bagi Kemerdekaan Pattani (Bersatu).
Bersatu
ditubuhkan pada 31 Ogos, 1989 oleh kumpulan pemberontak serpihan Pertubuhan
Pembebasan Bersatu Pattani (Pulo), Barisan Revolusi National Melayu Pattani
(BRN), Barisan National Pember-Basan Pattani (BNPP) dan Mujahadeen Pattani.
-BERNAMA/MStar
No comments:
Post a Comment