PETALING JAYA:
Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak bertanggungjawab terhadap dakwaan cubaan
menukar dan menghina Jalur Gemilang semasa ambang Hari Kemerdekaan ke-55 di
Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya tiada masalah sekiranya
mana-mana pihak mahu mengibar bendera merah putih yang dinamakan Sang Saka
Bangsa sebagai ekspresi perkembangan sejarah negara.
"Bendera
itu direka oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK, Mohd Najwan Halimi pada 2007,
ketika itu dia belum menyertai PKR. Jadi apa yang dilakukan pada tahun itu tak
harus dikaitkan dengan PKR.
"Saya
percaya itu adalah pandangan dan manifestasi beliau sebagai seorang anak muda
yang ingin membuat penilaian sejarah," katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat PKR di sini, Isnin.
Mengulas
mengenai pendirian sebenar sayap PKR itu, Shamsul dengan tegas menyatakan
cadangan untuk menukar bendera bukan menjadi agenda mereka.
"Apa yang
penting pendirian kita jelas, kita tidak akan tukar bendera. Tapi kalau nak
kibar...kita tak ada masalah.
"Kita tak
boleh halang ekspresi mereka kerana apa yang dilakukan hanya berlandaskan
sejarah," katanya.
Pada 30 Ogos
lalu negara dikejutkan dengan tindakan tidak bertanggungjawab beberapa peserta
Janji Demokrasi yang mengibarkan bendera yang didakwa akan menggantikan Jalur
Gemilang sekiranya pembangkang berkuasa.
Selain
dikibarkan di khalayak ramai, beberapa riasalah juga diedarkan semasa sambutan
ambang merdeka itu yang mengajak rakyat untuk mengatakan 'tidak' kepada Jalur
Gemilang dan menyokong bender merah putih itu.
Ketika ditanya
mengenai penyebaran risalah berkenaan, Shamsul bagaimanapun berdolak dalik
mengenai kewujudan risalah yang turut mengandungi logo merdeka pembangkang
dengan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.
"Saya tak
dapat salinan (risalah). Kalau ada boleh tunjuk. Saya tak tahu ada risalah yang
dibuat. Apa yang saya tahu hanya gambar, bukannya risalah," katanya.
Ditanya
mengenai tindakan polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat tindakan
menghina Jalur Gemilang, Shamsul berkata: "Tak ada asas untuk tahan
mereka.
"Kami
menyokong kumpulan orang muda yang berani untuk menyatakan pendirian dan
pendapat mereka berdasarkan asas sejarah yang kukuh, jangan serang mereka
dengan ugutan." -MStar
No comments:
Post a Comment