Ganjaran
tunai dalam Bajet 2013 jelas menunjukkan hasrat kerajaan meningkatkan status
sosio ekonomi masyarakat Malaysia dan ia tidak boleh dianggap sebagai satu
langkah populis, menurut Spire Research
and Consulting Pte Ltd, sebuah firma kaji selidik Singapura.
Ketua
Pegawai Eksekutifnya Leon Perera berkata, ganjaran tunai sekali beri yang
diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membantu menghadapi bebanan kos hidup sebahagian besar
kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan.
Beliau
berkata tidak ada sebarang petunjuk pertumbuhan ekonomi melalui pengumuman
belanjawan populis tetapi sebaliknya Belanjawan 2013 telah dengan jelas
digariskan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia.
"Ini
jelas menunjukkan kerajaan berbelanja mengikut kemampuan. Kami bersetuju bahawa
belanjawan tersebut menyaksikan pemindahan tunai secara besar-besaran tetapi ia
masih belanjawan yang amat bertanggungjawab.
"Perdana
Menteri mengumumkan insentif tunai bayar sekali sahaja. Jika ia adalah dasar
atau pemindahan tunai berstruktur, maka ia adalah tidak bertanggungjawab,"
kata Leon pada taklimat media di sini hari ini.
Beliau
berkata, semua ganjaran tunai tidak diberikan dengan mengorbankan kestabilan
fiskal perbelanjaan tetapi terutamanya disebabkan hasil yang tinggi,
perbelanjaan berhemah dan tadbir urus yang prihatin.
Ketika
membentangkan Belanjawan 2013, Jumaat lepas, Najib, yang juga Menteri Kewangan,
mengumumkan pelbagai ganjaran termasuk pusingan kedua pemberian Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) untuk tahun depan.
Selain
memperluaskan bantuan berjumlah RM250 bagi mereka yang belum berkahwin dan
berumur 21 tahun ke atas dengan berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.
Perdana
Menteri turut mengumumkan bayaran RM1,000 sekali beri kepada anggota tentera
yang memilih bersara awal or berkhidmat kurang 21 tahun, rebat RM200 untuk
pembelian telefon pintar 3G kepada belia berusia 21 hingga 30 tahun serta bonus
tambahan sebulan kepada penjawat awam. – Bernama/SinarHarian
No comments:
Post a Comment