KUALA
LUMPUR : Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan, pengedaran dan
penggunaan produk tradisional Jin Fei Cao San Extract Powder 'Sheng Chang'
selepas dikesan mempunyai mengandungi racun berjadual 'epherine' dan 'pseudoephedrine'.
Ubat
tradisional itu digunakan untuk melegakan selesema, batuk, kahak dan sakit
kepala dan dikilangkan oleh syarikat Taiwan, Sheng Chang Pharmaceutical Co Ltd.
Dalam
kenyataan Isnin, kementerian itu berkata Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman,
telah membatalkan lesen pendaftaran produk yang dipegang oleh Lifecare
Essential Sdn Bhd., Kuala Lumpur, pada 27 Sept lepas.
Mana-mana
pihak yang memiliki stok produk berkenaan dinasihatkan menghentikan penjualan,
pengedaran dan penggunaan produk itu serta-merta, katanya. -(Bernama)/MStar
No comments:
Post a Comment