![]() |
Kabinet
bayangan?
|
PETALING
JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan
Pakatan Rakyat (PR) tidak ada Kabinet bayangan, yang dipertikaikan oleh
kepimpinan Barisan Nasional (BN), sebaliknya hanya ada "bayangan menteri
ada."
"Kabinet
bayangan tak ada... bayangan menteri adalah," kata beliau pada sidang
media di ibu pejabat PKR di sini, tengah hari ini.
Beliau berkata
demikian ketika diminta mengulas mengenai cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak kelmarin, yang meminta parti itu mengumumkan Kabinet bayangan
mereka.
Pada masa
yang sama, beliau turut mempersoalkan mengapa Barisan Nasional (BN) tidak mengumumkan
Kabinet bayangan mereka di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat
(PR).
"PR
tidak mungkin akan mewujudkan 'Kabinet bayangan' kerana sistem politik Malaysia tidak seperti United
Kingdom (UK) dan Australia di mana calon Kabinet bayangan mereka menerima
bayaran untuk 'official status' mereka.
"Parti
politik di Malaysia terdiri daripada gabungan beberapa parti politik sedangkan
di negara terbabit, parti mereka adalah parti buruh dan sosialis, misalnya.
"Apa
yang penting bagi kami bukan pangkat atau kedudukan tetapi kebajikan rakyat
yang perlu diperjuangkan," katanya dalam sidang media, di ibu pejabat PKR,
di sini, hari ini.
Kelmarin,
Najib mencabar PR untuk menubuhkan Kabinet bayangan sebelum Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
Katanya,
sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih belum ditunaikan
kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri. -SinarHarian
No comments:
Post a Comment