Bajet
alternatif pembangkang seperti dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu
akan menyebabkan defisit jauh melebihi RM1.1 bilion, jika mengambil kira
kenaikan gaji pekerja sektor awam di setiap kementerian dan agensi kerajaan.
Ketua Biro
Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, pembangkang memerlukan
emolumen RM5.1 bilion bagi melaksanakan elaun pengajaran khas RM500 sebulan
buat semua guru, kenaikan gaji kakitangan awam kepada RM1,100 menerusi gaji
minimum sejagat dan perbelanjaan kenaikan gaji anggota polis sebanyak 15
peratus.
Sedangkan,
katanya, berdasarkan pecahan peruntukan mengurus dalam bajet itu, pembangkang
mendakwa bayaran emolumen hanya meningkat sebanyak RM4 bilion daripada RM52
bilion tahun ini kepada RM56 bilion untuk tahun depan. –UtusanOnline
No comments:
Post a Comment