MB : Teknologi Membran Lagi Murah dan Praktikal
SHAH ALAM,
23 OKT : Penggunaan teknologi penapisan air membran untuk merawat bekalan air
di Selangor dianggarkan 1 / 3 lebih murah daripada kos pembinaan loji rawatan
mega Langat 2.
Teknologi
daripada Kanada itu kata Menteri Besar Selangor lebih praktikal dan menjimatkan
daripada Langat 2 yang dianggarkan menelan kos RM 3 bilion.
Abdul
Khalid berkata, kos penggunaan teknologi membran adalah kurang daripada RM1
bilion untuk dipasang di 10 buah loji strategik kerana tidak semua 27 loji
memerlukannya.
Ini
menyangkal dakwaan daripada Kerajaan Pusat bahawa teknologi tersebut tidak
praktikal bagi Selangor, sekaligus menjustifikasikan Langat 2.
Menurut
Abdul Khalid teknologi membrane telah mengalami perkembangan pesat yang
menawarkan kos pembinaan yang lebih rendah.
“Teknologi
ini sangat kompetitif dan sekarang digunakan untuk memproses air laut menjadi
air mentah di beberapa negara di Timur Tengah,” katanya.
“Kini telah
terdapat lapan buah negara yang sudah memasarkan teknologi itu sedia ada,” kata
Abdul Khalid dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban di
Pekarangan Bangunan Sultan Idris Shah di sini.
Tambah
beliau, Singapura juga turut bercadang menggunakan teknologi membran dalam
tempoh 30 tahun akan datang supaya ia tidak perlu mengimport air daripada
Johor.
Ujar
beliau, teknologi itu juga lebih mesra alam berbanding Langat 2 yang memerlukan
kerajaan negeri menebuk Banjaran Titiwangsa bagi membina terowong untuk
mensalurkan air daripada Pahang.
Abdul
Khalid berkata, teknologi itu juga mampu menambahkan satu juta meter padu
sehari air terawat pada kadar 1/3 daripada kos Langat 2.
“Purata
keperluan air di Selangor dan Lembah Klang adalah sekitar empat juta meter padu
sehari tetapi bekalan yang sampai kepada pengguna hanyalah tiga juta meter padu
kerana satu juta meter padu ‘hilang’ atau Non Revenue Water (NRW),” kata Abdul
Khalid.
Hari ini,
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata teknologi
membran tidak praktikal untuk Selangor.
Menjawab
dakwaan Muhyiddin, Abdul Khalid berkata Kerajaan Selangor boleh memanggil
perunding daripada Kanada untuk memberi taklimat kepada Muhyiddin dan pegawai
di Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air.
“Kerajaan
negeri tidak menentang Loji Langat 2 tetapi perlu disertakan sebagai pakej
penyusunan semula industri perkhidmatan air yang terbantut kerana tiada kerjasama
dari kerajaan Pusat dan syarikat konsesi.
“Penyusunan
semula perkhidmatan air di Selangor adalah penyelesaian menyeluruh yang
membolehkan pengguna menerima perkhidmatan bekalan air lebih efisien pada harga
munasabah,” katanya. –selangorku.com
No comments:
Post a Comment