PETALING
JAYA: Unsur anarki dalam media terutama berasaskan Internet di Malaysia
dijangka akan menjadi lebih buruk melalui perang siber menjelang pilihan raya
umum.
Ia
dikhuatiri mengakibatkan pengundi membuat pilihan kerana kekeliruan dan bukan
kefahaman, kataTokoh Wartawan Negara Datuk A.Kadir Jasin.
Semasa
berkongsi pemerhatian itu dalam wacana "Komunikasi Massa: Antara Demokrasi
dan Anarki" di sini, Khamis beliau berkata anarki dalam media digital
secara terang-terangan memutar-belitkan fakta dan dalam masa yang sama tidak
menghormati hak menjawab (mereka yang dilibatkan).
Katanya
unsur anarki dalam media berlaku apabila mereka yang tidak terlatih dalam selok
belok kewartawanan, tidak arif mengenai undang-undang berkaitan dan etika
kewartawanan serta mentakrifkan kebebasan secara literal, telah melantik diri
menjadi 'wartawan'.
"Boleh
dijangkakan perang siber ini mungkin memburukkan unsur anarki ini yang akan
berlaku dengan lebih hebat dalam masa yang singkat apabila Dewan Rakyat
dibubarkan dan tarikh PRU (pilihan raya umum) ditentukan. "Ini situasi yang
perlu diperhatikan oleh pengkaji-pengkaji media, PRU akan datang banyak bukan
ditentukan oleh kefahaman, tetapi kekeliruan.
"Ini
kemungkinan yang sangat berbahaya apabila orang yang akan keluar mengundi,
tidak keluar mengundi atau merosakkan undi kerana kekeliruan," kata Kadir.
Kadir yang
juga blogger 'The Scribe A Kadir Jasin' berkata pengendali blog tidak harus
menyiarkan komen-komen yang memihak kepada mereka sahaja.
Beliau
berkata kewartawanan warga ) di alam siber kini juga sudah dicemari oleh orang
politik dan kapitalis.
Beliau
berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, laman-laman blog terang-terangan
dimiliki, diilhamkan dan dibiayai parti-parti politik, dan sekaligus memberi
gambaran bahawa medium Internet itu diakui berkesan dan mempunyai peluang
ekonomi dalam kegiatan itu.
"Dulu
tidak ada blogger upahan, sekarang banyak blog yang sudah tidak berkecuali.
Dulu nampak anti-establishment atau tidak menyokong pihak berkuasa, hari ini
tidak lagi bersikap demikian," katanya.
Kadir
ketika menyimpulkan wacananya berkata anarki siber sudah menjadi sebahagian
landskap komunikasi massa malah merumitkan industri itu sendiri.
"Hari
ini seorang programmer mencipta satu program yang dihakmilikkan, sebaik sahaja
disebarkan atau dilancarkan akan ada beratus-ratus atau beribu-ribu orang yang
cuba memecahkannya, mereka (ini) juga adalah anarkis alam siber," katanya.
Beliau juga
menyimpulkan bahawa ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi memberi kesan
dalam pendemokrasian maklumat selain memecahkan monopoli media tradisional dan
media arus perdana ke atas maklumat dan pendakyahan (propaganda).
"ICT
sudah mula melahirkan generasi tanpa sempadan, tanpa wajah dan terdedah kepada
penerimaan berita 'hearsay' atau cakap mulut. Bagi saya ia membimbangkan akibat
ketidakcekapan dan ketidak bertanggungjawaban pengguna dan pemilik
teknologi," katanya.
Kadir yang
ditanya mengenai cadangan penubuhan Majlis Media Sosial, berkata beliau tidak
menentang penubuhan majlis itu. "Tubuhlah, kalau hendak buat, saya tidak
bangkang. (Tapi jika) hendak kawal media Internet, hampir mustahil sebab sampai
sekarang tidak boleh kesan semua pemilik blog, tutup hari ini, esok (timbul)
yang baharu," katanya.
Ketika
ditemui pemberita selepas wacana itu, Kadir menggesa wartawan supaya memainkan
peranan mereka dalam usaha mencegah penyebaran unsur anarki dalam media.
"Wartawan
perlu selalu mengingatkan diri agar menulis berdasarkan fakta, selalu membuat
kajian dengan banyak membaca dan tidak terlalu bergantung pada kenyataan akhbar
dan teks ucapan semata-mata,"katanya.
Katanya,
wartawan kini lebih seharusnya jauh lebih berpengetahuan dan bijak menggunakan
maklumat yang terdapat dalam Internet untuk memberikan artikel yang bermaklumat
tepat kepada khalayak.-BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment