Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan telah menjalankan kajian
selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk melaksanakan sistem berkenaan di
negara ini.
Oleh itu
katanya, kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula penggunaan sistem
berkenaan walaupun mendapat tentangan daripada sesetengah pihak.
"Kami
telah melakukan kajian hampir 10 tahun dan sistem ini terbukti berjaya di 90
negara luar. Selain itu, kami juga menerima reaksi positif daripada majoriti
pengguna jalan raya yang mahukan AES dilaksanakan kerana tidak gembira dengan
sikap buruk pengguna jalan raya lain," katanya ketika ditemui di lobi
Parlimen hari ini.
Sebanyak
831 lokasi hitam kemalangan bakal dilengkapi (AES) termasuk 14 lokasi yang
telah beroperasi sejak 23 September lalu dan lokasinya ditentukan berdasarkan
data kemalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada
itu, Cho Ha turut menolak dakwaan bahawa kerajaan mengeluarkan perbelanjaan
yang besar untuk memasang dan melaksanakan sistem tersebut.
Katanya,
kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun kerana sistem berkenaan dikendalikan
oleh syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab selama lima tahun.
"Selepas
habis tempoh lima tahun, syarikat tersebut akan menyerahkan semua kamera,
kenderaan, termasuk peralatan di pusat operasi," jelasnya. -UtusanOnline
KD: AES = adalah jaminan kepada pemandu yang berhemah... tetapi cabaran kepada pemandu yang gemar melanggar undang-undang lalu lintas..
No comments:
Post a Comment