SERI
ISKANDAR: Pilihan raya umum ke-13 sesuai diadakan bila-bila masa sahaja,
termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas
Perdana Menteri berkata sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun
depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila
masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya.
"Bergantung
kepada Datuk Seri Najib apa keputusannya. Pandangan saya adalah pandangan saya.
Saya fikir kita sudah sampai penghujung, ia tidak menjadi masalah sama ada
akhir tahun ini atau awal tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita
selepas majlis konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini, Ahad.
Beliau
berkata Barisan Nasional (BN) boleh menunggu waktu yang sesuai untuk
memuktamadkan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan
raya umum namun ini juga memberi peluang kepada parti pembangkang untuk membuat
persediaan.
Dr Mahathir
berkata beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya diadakan pada tahun ini
juga. –BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment