KOTA BHARU 25 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan tetap bertegas
dengan tindakannya menguatkuasakan perundangan Islam terhadap bukan Islam di
negeri ini biarpun ia ditentang oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan
Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana setiap dasar
yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan adalah selari dengan peruntukan
Perlembagaan dan demi kebaikan semua.
Beliau pada masa sama mempertahankan tindakan anggota penguat
kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang
mengeluarkan saman terhadap pemilik salon kerana menggunakan pekerja wanita
untuk menggunting rambut pelanggan lelaki biarpun kedua-duanya bukan beragama
Islam. -UtusanOnline
KD: Tindakan berani Kerajaan Pas..
KD: Tindakan berani Kerajaan Pas..
No comments:
Post a Comment