Kita kalah
dengan cara yang memalukan 0-3 kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil,
semalam.
Dua gol
melalui ketua pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 sebelum disudahkan
dengan penuh bergaya oleh pemain berusia 42 tahun, Aleksandar Duric pada minit
ke-75 untuk melengkapkan mimpi ngeri jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan para
pemain Harimau Malaya di hadapan kira-kira 40,000 penonton.
Masalah
sama yang sebenarnya sudah boleh dapat dikesan dalam perlawanan persahabatan
sebelum ini nampaknya tetap terjadi dengan kelemahan ketara bahagian pertahanan
dan tengah yang menjadi punca kepada kemenangan Singapura.
Rajagobal
jelas tidak mengambil pengajaran berguna apabila melihat jentera tengah yang
dikawal oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan cukup pincang dalam mengawal
permainan lantas membuka ruang kepada lawan mencipta gerakan-gerakan berbahaya
ke kubu Malaysia.
Namun,
masalah paling ketara buat skuad bimbingan Rajagobal ialah barisan pertahanan
yang banyak melakukan kesilapan mudah dengan persefahaman para pemain menjadi
persoalan besar.
Dua
daripada tiga gol Singapura ternyata merupakan kecuaian pertahanan yang tidak
merantai kemas pergerakan penyerang lawan terutamanya Shahril yang menjadi
pemusnah semangat perjuangan Harimau Malaya.
Gandingan
Aidil Zafuan, Fadhli Shas dan Azmi Muslim sering sahaja 'lemas' dengan
hantaran-hantaran lintang berbahaya daripada Shahdan Sulaiman di samping
prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang sibuk memikirkan soal
perkahawinannya pada 28 Disember depan tiba-tiba berada di tahap yang meragukan.
Biarpun
Malaysia memberikan harapan besar seolah-olah mampu menjinakkan Singapura pada
30 minit permainan melalui gerakan berbahaya Norshahrul Idlan Talaha,
segala-galanya berubah apabila pelawat memecahkan kebuntuan dua minit kemudian
dengan gol daripada Shahril Ishak.
Berpunca
daripada hantaran silang Shahdan dari sebelah kiri, Shahril bijak
mengeksploitasi kelemahan komunikasi antara Azmi Muslim dan Fadhli Shas sebelum
mudah menyepak masuk ke dalam gawang Malaysia yang ternganga luas.
Gol itu
ternyata menyentap semangat anak-anak buah Rajagobal yang bagaikan hilang fokus
selepas itu dan ia memberikan ruang kepada Shahril sekali lagi mengukuhkan
kedudukan Singapura dengan jaringan kedua pada minit ke-37.
Segalanya
bermula dengan kesilapan Khairul Fahmi yang menepis bola ke belakang yang cuba
diselamatkan oleh Fadhli yang dapat menanduk keluar atas garisan gol namun
Shahril dapat menyambar bola tersebut dengan menanduk kemas ke dalam pintu gol.
–UtusanOnline
KD: kenapa ye, kebelakangan ni Team Malaysia asyik kalah je??
No comments:
Post a Comment