RUSILA -
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membuat kejutan apabila
menyatakan kesediaannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan, yang
disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
"Saya
ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk
jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan," katanya pada
Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu di sini, hari
ini.
Beliau
berkata demikian apabila ditanya adakah beliau akan kekal sebagai calon
Parlimen Marang atau mempunyai perancangan untuk bertanding di luar Terengganu
pada PRU13.
Bagaimanapun,
Ahli Parlimen Marang itu berkata, keputusan bertanding pada PRU13 bergantung sepenuhnya kepada keputusan parti,
sama ada menetapkan beliau untuk kekal di Parlimen Marang atau bertanding di
luar termasuk di Parlimen Pekan. -SinarHarian
No comments:
Post a Comment