Pengerusinya,
Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kerajaan perlu meneliti AES secara menyeluruh
sebelum sistem itu dilaksanakan, termasuk mendapatkan maklum balas masyarakat
khususnya pengguna.
Tak perlu
terburu-buru
Katanya,
pemasangan AES di sebanyak 14 lokasi mengundang rasa tidak puas hati pengguna
kerana didakwa dipasang di lokasi tidak sesuai serta bukan lokasi berisiko.
Di samping
itu, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula had laju dengan mendapat
pandangan pelbagai pihak, termasuk pengeluar kenderaan, pengguna, pakar dan
badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.
“Saya
kecewa kerana walaupun AES adalah sistem yang baik tetapi disebabkan banyak
kontroversi, ia seolah-olah bertujuan menyusahkan dan bukan membantu orang
ramai.
Perbetul
persepsi
“Pihak
berkuasa perlu memperbetulkan persepsi masyarakat terlebih dulu dengan
memberikan pendidikan menerusi kempen kesedaran.
“Semua
lapisan masyarakat perlu dibabitkan untuk memberi maklum balas, di samping
kesedaran dan keyakinan bahawa AES boleh dilaksanakan dengan kerjasama orang
ramai supaya kemalangan dapat dikurangkan,” katanya.
Lam Thye
berkata, NIOSH menganggap kes kemalangan jalan raya di negara ini sebagai
serius kerana saban tahun angka kematian membabitkan golongan pekerja
meningkat.
Katanya,
mengikut perangkaan, kemalangan membabitkan pekerja yang berulang alik ke
tempat kerja meningkat daripada 17,170 pada 2001 kepada 24,809 kes pada 2011. -BHarian
No comments:
Post a Comment