KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal
propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada
paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini
(kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya
diguna pakai secara sama rata."
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata
demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa
Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan
beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam. -UtusanOnline
No comments:
Post a Comment