SHAH ALAM –
Kegagalan penguatkuasaan terhadap fatwa pengharaman ajaran al-Arqam sejak 1994
menyebabkan kumpulan itu berpeluang meneruskan kegiatannya.
Pengurus
Besar Institut Kefahaman Minda (INMIND), Mohd Yusof Din berkata, tindakan
agensi penguatkuasaan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) mengelurakan lesen
perniagaan, permit iklan serta penerbitan buku dan membuka sekolah, amat
dikesali.
Menurut
beliau, walaupun fatwa dikelurakan sejak
lama, agensi lain seakan-akan terus memberi kelonggaran dengan membenarkan ahli
kumpulan itu terus mengembangkan perniagaan, sistem pendidikan san sosial.
“Jika tiada
integrasi agensi ini dalam menguatkuasakan pengharaman itu, pasti cerita
mengenai al-Arqam akan sentiasa berulang setiap lima atau 10 tahun sekali,” katanya.
Beliau
mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 20 orang termasuk
pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Rawang baru-baru ini atas dakwaan
cuba menghidupkan semula al-Arqam.
Yusof
berkata, ahli Al-Arqam mempunyai kemahiran dan pemikiran yang terancang,
lengkap dengan pelan tindakan bagi mengambil kesempatan kelemahan
penguatkuasaan serta undang-undang untuk meneruskan agenda mereka. Malah,
sejarah menunjukkan mereka sanggup ‘mengorbankan’ serban dan jubah sebelum
akhirnya membentuk sebuah entiti perniagaan yang dikenali sebagai Rufaqa. Kini
mereka muncul lagi dengan nama baru. -BHarian
No comments:
Post a Comment