Salah
Al-Sammouni, penduduk Zeitun, di Gaza, dalam keterangannya melalui akuan
bersumpah berkata, ia dilakukan secara terancang sebagai amaran itulah nasib
penduduk jika masih berdegil untuk tinggal di negara mereka sendiri.
Penduduk dibunuh, pegawai naik pangkat
Katanya,
pegawai tentera Israel yang mengetuai serangan bukan saja terlepas daripada
tindakan undang-undang, malah dinaikkan pangkat berdasarkan jumlah penduduk
yang dibunuh.
Terus bedil rumah
Katanya,
helikopter Apache hanya berhenti menembak selepas anggota keluarga perempuan
yang menanggalkan tudung melambai-lambai tanda mereka tidak bersenjata dan
semua ahli keluarga yang cedera kemudian keluar dari rumah.
Dalam
perjalanan ke hospital berjalan kaki, mereka terjumpa tentera rejim yang
mengarahkan mereka kembali dengan berkata: “Pergi balik dan mati”.
“Saya suruh
semua orang teruskan dan tak perlu risau jika ditembak kerana kami berhadapan
pasukan yang tidak berperikemanusiaan terhadap apa-apa pun,” katanya.
Beliau
berkata demikian di hadapan suruhanjaya yang diketuai bekas Majistret, Musa
Ismail, bersama-sama calon Hadiah Nobel Keamanan, Denis J Halliday; bekas
Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Prof Hans-Christof
Von Sponeck; Pengarah Eksekutif Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Dr
Zulaiha Ismail dan Pengarah Pusat Kajian Globalisasi (CRG), Michel
Chossudovsky.
Sepupu
Salah, iaitu Mahmoud, 15, dalam keterangannya berkata, bapanya terkorban
terkena tembakan bertalu-talu tentera Israel ketika keluar dari biliknya sambil
mengangkat tangan tanda tidak bersenjata dan menyerah diri.
Mahmoud
yang ketika itu berusia 12 tahun turut menceritakan kejadian menyayat hati
apabila adik lelakinya berusia empat tahun yang tercedera sempat menyanyikan
lagu kegemarannya dan membaca ayat al-Quran sambil berjanji membawa bapa dan
ayahnya ke syurga sebelum meninggal dunia pada waktu Subuh.
Pendengaran
Mengenai Palestin oleh suruhanjaya itu bersambung hari ini.
KDN gerak Skuad Muda
Menterinya,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Skuad Muda KDN dengan 1.1 juta
sukarelawan di bawah semua agensi kementerian akan membantu mengumpul dana bagi
mengisi tabung itu untuk membantu rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan
Israel. -BHarian
No comments:
Post a Comment