ALOR SETAR:
Pemimpin dan anggota Umno perlu menghentikan sikap suka merajuk apabila tidak
terpilih sebagai calon pada pilihan raya kerana ia hanya akan merugikan parti
dan diri sendiri jika Umno dan BarisanNasional (BN) kalah, kata Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Negeri Kedah DatukAhmad Bashah Md Hanipah.
Beliau
berkata pengalaman Umno dan BN Kedah pada 2008 perlu dijadikan pengajaran
apabila kalah Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akibat ada pemimpin dan anggota
Umno yang tidak terpilih, tidak membantu calon pucuk pimpinan.
Katanya
semua orang akan cuba menonjolkan diri untuk menjadi 'calon boleh menang'
tetapi apabila keputusan mengenai calon dibuat, mereka perlu akur.
"Ini
boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk diri saya sendiri. Mana tahu, itu
hak perdana menteri. Kadang-kadang kita rasa kita terbaik.
Kadang-kadang
kita rasa diketepikan, seolah-olah jasa kita tak dikenang. Ini (menjadi calon)
adalah soal giliran. Jadi orang parti, jadi pemimpin tak boleh merajuk.
"Kita
cakap kita calon boleh menang, tapi kalau orang ramai, pengundi tak cakap, tak
juga. Kalau kita tak cakap kita calon boleh menang, tapi orang yang cakap, itu
lebih baik. Biar pengundi cakap, bukan kita," katanya kepada Bernama di
sini.
Katanya di
Kedah, pakatan PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP yang membentukkerajaan negeri
ketika ini tidak kuat dan kerana itu Umno dan BN perlu menggunakan kesempatan
ini untuk menang pada PRU-13 nanti.
" ...
dengan keadaan bercelaru dalam kerajaan (negeri), dalam Pakatan Rakyat, kalau
pemimpin Umno tak nampak, itu satu kerugian yang cukup besar.
Kalau dalam
keadaan hari ni tak boleh ambil Kedah, jangan mimpi dalam pilihan raya lain
boleh," katanya.
Bagaimanapun,
beliau yakin hari ini kebanyakan pemimpin atau wakil rakyat diKedah sudah
bersedia untuk menghadapi perkara itu.
"
Mereka selalu cakap minta diberitahu awal (tidak dipilih jadi calon), jangan
pada hari itu (pengumuman calon). Kita akan buat itu. Jangan ada sabotaj. Kalau
lekat, Alhamdulillah kalau tak, bukan rezeki. Yang penting parti menang, kerana
kita ada maruah diri. Dulu waktu jadi calon kita perlu orang sokong kita, baru
kita boleh menang. Kali ini tak jadi calon, sebab giliran orang lain, kita
sokong untuk dia menang," katanya.
Sementara
itu, Ahmad Bashah berkata berkata Umno dan BN Kedah secara berterusan
menjalankan usaha menarik sokongan pengundi muda untuk menunjukkan golongan itu
tidak diketepikan termasuk dalam soal menjadi calon pilihan raya.
"Pengundi
muda 40 peratus daripada kira-kira satu juta pengundi iaitu kira-kira 400,000
orang di bawah 40 tahun. Kita mesti buat sesuatu yang anak-anak muda boleh
nampak kita bersama mereka...kita memerlukan mereka dan kena beritahu, masa
depan negara juga memerlukan mereka. Yang lama pula jangan iri hati kerana kita
kena berkongsi," katanya. BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment