PUTRAJAYA:
Orang Melayu di negara ini perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan memberi
penekanan terhadap sistem nilai kerja keras, jujur dan disiplin sebagai kunci
untuk berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas
Perdana Menteri itu mengaku selama menjadi perdana menteri bagi tempoh 22
tahun, beliau telah gagal untuk menukar cara berfikir orang Melayu.
"Mengubah
karakter orang Melayu adalah tugas yang amat sukar. Bagaimanapun, saya tidak
gagal 100 peratus. Saya tetap berjaya mengubah cara berfikir, banyak juga orang
Melayu kini sudah berjaya.
"Saya
percaya kejayaan atau kegagalan seseorang itu, masyarakat dan negara adalah
bersandarkan kepada sistem nilai. Jika sistem nilai sesebuah masyarakat itu
mengutamakan kerja keras, jujur dan disiplin, dengan itu, ini adalah tiga
perkara yang akan menjadikan anda berjaya.
"Sebab
itu kenapa, saya cuba menjelaskan kenapa anda perlu berubah, dan ini tidak akan
menjadikan anda kurang ciri keMelayuan, hanya kerana anda bekerja keras,
bersikap jujur dan berdisiplin," katanya pada Siri Syarahan Perdana
ke-15 bertajuk 'Masa Depan Tindakan Afirmatif' di Yayasan Kepimpinan Perdana di
sini, Rabu.
Sementara
itu, Dr Mahathir berkata tindakan afirmatif perlu diteruskan untuk meningkatkan
kapasiti ekonomi dan merapatkan jurang sosial di negara ini.
Bagaimanapun,
katanya tindakan afirmatif perlu ditarik balik secara perlahan-lahan untuk
membolehkan orang Melayu menjadi lebih berdaya saing dalam berkongsi 'kepingan
lebih besar pai ekonomi'. "Tindakan afirmatif bukannya keistimewaan kekal
atau simbol status tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
"Tindakan
afirmatif patut dianggap sebagai tongkat sementara untuk membolehkan anda
bergerak ke depan dan akhirnya kami perlu buang tongkat itu apabila kami yakin
yang orang Melayu boleh bersaing dalam pasaran tanpa sebarang tongkat,"
katanya.
Bagi
mengkayakan lagi orang Melayu, bagi tempoh itu, Dr Mahathir berkata elemen
tertentu tindakan afirmatif perlu dikekalkan, termasuk biasiswa, kelulusan
lesen permit dan kontrak kepada mereka yang berwibawa.
Beliau
menyangkal dakwaan pembangkang bahawa tindakan afirmatif telah disalahgunakan
untuk mengkayakan kroni-kroni kerajaan. -mStar
No comments:
Post a Comment