PETALING
JAYA: Pengundi di Malaysia hanya mempunyai 19 hari sahaja lagi untuk mendaftar
sebagai pengundi jika mahu membuang undi pada pilihan raya umum ke-13 yang
mungkin diadakan antara Februari dan Mei tahun depan.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menggesa semua rakyat Malaysia yang layak dan masih belum
mendaftar sebagai pengundi untuk berbuat demikian sebelum 31 Disember ini bagi
membolehkan senarai nama dimasukkan dalam suku keempat 2012 yang dijangka akan
diwartakan pada Februari ini.
Timbalan
Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata mereka yang gagal berbuat
demikian tidak akan dapat mengundi jika pemilihan diadakan sebelum senarai
pengundi seterusnya dikemaskini dan diwartakan pada Mei 2013.
"Ada
yang meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada awal Mac manakala yang lain
mengatakan ia boleh jadi akhir bulan Mac.
"Dalam
mana-mana kes, masih terdapat beberapa hari lagi sebelum 31 Disember, jadi sila
mendaftar sekarang kerana ramalan mungkin menjadi kenyataan dan pilihanraya
diadakan dalam tempoh tersebut," kata Wan Ahmad kepada The Star.
Sehingga 30
September, 20.3 peratus atau 3,346,460 daripada 16,451,867 rakyat Malaysia yang
layak mengundi masih belum mendaftar dengan suruhanjaya itu.
Tempoh
semasa Parlimen berakhir pada 28 April dan pemilihan mesti diadakan dalam
tempoh 60 hari dari tarikh itu.
Wan Ahmad
berkata, SPR akan menambah daftar pengundi baru dengan segera selepas setiap
suku tahun berakhir tetapi semua rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar
harus melakukannya kerana masa diperlukan untuk memproses permohonan mereka.
Maklumat
mengenai bagaimana untuk mendaftar tersedia di laman web www.spr.gov.my
No comments:
Post a Comment