Jawab periksa guna bahasa sms
KOTA BHARU: Penggunaan bahasa ringkas atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kini semakin membimbangkan apabila ia turut digunakan oleh pelajar dalam peperiksaan rasmi, termasuk di peringkat institusi pengajian tinggi.
Penemuan
itu hasil kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung penggunaan bahasa ringkas yang memfokuskan
calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
serta pelajar universiti.
Selain itu,
kajian berkenaan turut mendapati ada pelajar yang menggunakan bahasa pasar
seperti 'sedap gila’, 'laju gila’ dan sebagainya," Dr Awang Sariyan, Ketua
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Bahasa
ringkas Katanya, kebanyakan pelajar tidak serius dalam penggunaan bahasa dan
mereka tidak mementingkan susunan ayat yang betul kerana sudah biasa
menggunakan bahasa ringkas dalam perbualan harian, termasuk SMS dan Facebook.
“Justeru,
penggunaan bahasa SMS ini memainkan satu bibit atau ragam bahasa bukan saja
penggunaan bahasa sangat santai, tetapi banyak singkatan yang tidak difahami
dan perubahan makna sangat ketara.
“Selain
itu, kajian berkenaan turut mendapati ada pelajar yang menggunakan bahasa pasar
seperti 'sedap gila’, 'laju gila’ dan sebagainya,” katanya di Majlis Perasmian
Simposium Tun Syed Nasir Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012
Peringkat Kelantan, di sini, semalam.
Masih terkawal
Awang
bagaimanapun berkata, penggunaan bahasa SMS itu masih lagi terkawal, tetapi
perlu dilihat dalam konteks yang lebih serius kerana hal begitu sebenarnya
mengganggu dan menjejaskan bahasa kebangsaan.
“Menghalang
bahasa ringkas menular dalam urusan harian bukanlah mudah kerana dalam
percakapan harian pun kita sudah menggunakan bahasa pasar dan sebagainya yang
sedikit sebanyak mencalarkan imej bahasa ibunda.
“Kalau kita
nak gunakan bahasa ringkas, tiada masalah, tetapi mesti digunakan dalam konteks
yang sangat kecil. Jika kita menulis atau berhubung dalam konteks yang lebih
umum, maknanya bahasa digunakan bersama orang awam hendaklah teratur dan
terkawal,” katanya.
Awang
berkata, dalam memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu sebagai benteng
peradaban bangsa, semua peringkat masyarakat seharusnya berganding bahu supaya
mutu penggunaan bahasa sentiasa terkawal. –BERNAMA/BHarian
No comments:
Post a Comment