GEORGE
TOWN: Pemimpin Melayu dalam DAP disifat hanya mampu menjadi 'penonton' belakang
tabir dan tidak akan mampu memperjuangkan kelangsungan bangsa Melayu dalam
parti itu.
Anggota
Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata ini kerana
pengaruh pemimpin yang dilantik di atas kertas tidak setanding dengan pemimpin
yang dipilih berdasarkan undi majoriti.
"Pemimpin
Melayu dalam DAP tidak akan beri kesan apa-apa dalam pentadbiran kerana
bilangan mereka terlalu kecil dan tidak dapat sokongan penuh oleh ahli
sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Briged Sukarelawan
Kolej Komuniti (BRiSK) Pulau Pinang di sini, Khamis.
Muhamad
Farid berpendapat pelantikan dua wakil Melayu oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat
(CEC) iaitu Senator Ariffin S.M Omar dan Setiausaha Politik Lim Guan Eng,
Zairil Khir Johari sekadar memenuhi kuota bagi menujukkan DAP sebagai parti
berbilang kaum.
Beliau
menyarankan pemimpin Melayu berkenaan menilai sedalam-dalamnya perkara ini
kerana majoriti anggota peringkat akar umbi yang tidak memilih pemimpin Melayu
jelas menunjukkan mereka tidak menginginkan kaum lain menerajui parti itu.
Pada
pemilihan CEC baru-baru ini, kesemua lapan calon Melayu termasuk pejuang DAP
Melayu Ahmad Ton kalah teruk dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudiannya
mengumumkan pelantikan Ariffin dan Zairil dalam CEC.
Penubuhan
BRiSK bertujuan mendidik pelajar supaya prihatin dengan isu masyarakat dan
menyemai sikap bekerja secara sukarela dalam diri golongan itu.
Majlis
berkenaan dihadiri seramai 100 pelajar dari enam kolej komuniti sekitar Pulau
Pinang. – BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment