Sintok:
Penyebar maklumat palsu berhubung rusuhan kaum yang kononnya berlaku di Kuala
Muda dekat sini, disifatkan sengaja bermain dengan api.
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata demikian selepas mengambil
kira tindakan itu yang bukan saja boleh menimbulkan kekecohan, tetapi
berpotensi meretakkan perpaduan yang menjadi asas pembangunan negara.
“Ini
perbuatan yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab. Kita tidak boleh sentuh
perkauman kerana ia boleh sebabkan bukan saja rakyat panik dan takut, malah
negara juga turut terancam.
“Sepatutnya
pihak itu lebih bertanggungjawab. Jika hanya insiden kecil, jangan sekali-kali
sebar ada pertembungan antara kaum sehingga KPN (Ketua Polis Negara) dan KDN
(Kementerian Dalam Negeri) perlu keluar kenyataan menafikannya,” katanya.
36 individu ditahan
Beberapa
hari lalu ada pihak menyebarkan berita melalui blog serta laman sosial termasuk
Facebook kononnya berlaku rusuhan kaum di Kuala Muda sehingga menyebabkan
kematian dan pengisytiharan darurat.
Sementara
itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, mengesahkan sehingga kini 36
individu berusia 18 dan 30 tahun ditahan termasuk pihak yang bertanggungjawab
menyebar berita palsu mengenai insiden itu melalui SMS.
“Semua 36
individu itu ditahan susulan beberapa insiden pergaduhan kecil sejak Ahad lalu,
selain mereka yang menyebarkan berita palsu.
“Saya
tegaskan maklumat berhubung gambaran berlaku rusuhan kaum tidak benar sama
sekali, sebaliknya suasana di daerah berkenaan terkawal dan tenteram.
Malah,
kegiatan harian penduduk seperti biasa,” katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. -BHarian
No comments:
Post a Comment