KUALA
LUMPUR: Naib Pengerusi DAP baru dilantik, Senator Dr Ariffin SM Omar menghina
bangsanya sendiri dan penjawat awam kerana mendakwa rasuah berpunca daripada
monopoli Melayu dalam perkhidmatan awam.
Ini kerana
rasuah tidak boleh dikaitkan dengan aspek bangsa, sebaliknya ia berkait rapat
dengan iman, moral dan jati diri seseorang sama ada beragama Islam atau
sebaliknya.
Ahli Majlis
Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan, dakwaan Ariffin bukan
setakat mencerminkan kecetekan fikirannya, malah menghina Melayu yang juga
bangsanya sendiri sedangkan beliau sendiri tahu tiada kajian membuktikan
dakwaan seumpama itu.
“Dakwaan
itu menyakitkan hati penjawat awam, khususnya orang Melayu. Ironinya, dia
sendiri diperlekeh dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP
apabila perwakilan yang majoritinya Cina menolak beliau.
Pelantikan hanya sandiwara
“Pelantikan
beliau sebagai Naib Pengerusi DAP hanyalah sandiwara pemimpin DAP untuk
menunjukkan kononnya parti itu mempraktikkan kepelbagaian bangsa,” katanya
kepada BH, di sini semalam.
Pada
Kongres DAP di Pulau Pinang minggu lalu, Ariffin dilaporkan mencadangkan
rombakan besar-besaran dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan perkhidmatan awam
lain jika pembangkang menawan Putrajaya bagi memastikan agensi kerajaan tidak
didominasi kaum Melayu dengan alasan untuk mengekang rasuah.
Ariffin
menyertai DAP pada 2011 kononnya atas keyakinan parti itu mempraktikkan konsep
kepelbagaian bangsa dan menolak perkauman.
Ahli MT
UMNO, Datuk Idris Haron berkata, dakwaan Ariffin bukan setakat tidak berasas
malah boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini kerana mungkin bangsa lain
memandang serong kepada penjawat awam Melayu.
“Rasuah
adalah penyakit yang tiada kaitan dengan kaum tertentu. Ariffin seharusnya
berfikir secara menyeluruh bahawa kaedah menangani rasuah adalah dengan
menyediakan program meningkatkan kesedaran mengenai bahaya rasuah, sistem kerja
telus dan penguatkuasaan undang-undang secara berkesan.
“Ariffin
cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin DAP daripada Melayu semata-mata untuk
menambat hati pemimpin DAP supaya dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 kelak,” katanya.
Sehubungan
itu, Idris merayu masyarakat Melayu, terutama pengundi supaya membuat penilaian
secara bijak, fungsi orang Melayu dalam DAP tidak lebih daripada sekadar kuda
tunggangan pemimpin parti itu untuk meraih sokongan Melayu. -BHarian
KD: Kerana pulut pandan binasa, kerana
mulut badan binasa..
No comments:
Post a Comment