IPOH:
Wanita di negara ini, terutama di peringkat akar umbi, digalak mengemuka atau
menyuarakan apa sahaja aspirasi mereka agar dapat diketengah melalui Pelan
Aspirasi Wanita Malaysia yang bakal dibentuk tidak lama lagi.
Pengerusi
Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebangsaan (MPWK) Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil berkata golongan itu boleh mengemukakan apa sahaja sama ada hasrat,
cadangan, pendapat, kritikan atau impian yang mereka mahu kerajaan pimpinan
Barisan Nasional (BN) lakukan untuk kaum hawa.
"Kita
akan kumpulkan semua senarai aspirasi dari akar umbi bermula hari ini. Kita
akan bentangkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
serta seterusnya menyediakan Pelan Aspirasi Wanita Malaysia untuk masa depan
dalam tempoh dua bulan ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan
program Aspirasi Wanita Zon Tengah Khamis.
Beliau
berkata semua wanita tanpa mengira kaum serta latar belakang boleh mengemukakan
aspirasi kepada pengerusi MPWK di peringkat kawasan Parlimen masing-masing.
"Ini
satu cara yang kita buka untuk seluruh wanita di negara ini. Kita mahu dengar
suara golongan wanita di peringkat akar umbi terutama golongan wanita yang
sakit, miskin dan tiada tempat bergantung, maka mengadulah, suarakanlah kepada
MPWK yang ada di peringkat Parlimen," katanya.
Shahrizat
juga berkata usaha ini merupakan merupakan satu pendekatan baharu berlandaskan
contoh serta polisi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak yang
mengambil berat rintihan rakyat semasa beliau turun mendekati masyarakat akar
umbi. - BERNAMA/mStar
KD: Wanita..tonggak pembangunan negara..
No comments:
Post a Comment