Beliau
berkata, ramai yang tidak bersetuju dengan perkataan ALLAH dalam Bible bahasa
Melayu, tetapi ramai tidak tahu asal usul penggunaan perkataan ALLAH dalam
Bible.
“Kita malas
membaca buku dan membekal diri dengan ilmu pengetahuan. Dengan itu tiada
pengetahuan. Kita hanya ada emosi dan kita marah. Itu tidak kena, seharusnya alasan perlu diberikan
dan selepas itu barulah dipertikai.
“Jika
ada yang kata perkataan ALLAH itu boleh
digunakan dalam sebarang agama, itu adalah tidak tepat. Yang tepat perkataan
ALLAH itu bermula dengan agama Islam,” katanya dalam Bicara Minda di bawah
tajuk Masa Depan Melayu dan Islam selepas PRU13', di Kompleks Media Karangkraf,
semalam.
Katanya
lagi, penggunaan kalimah ini perlu dibantah kerana dalam konteks negara
Malaysia, dikhuatiri unsur penipuan akan berlaku.
"Sekiranya
ada pihak lain mahu menggunakan kalimah tersebut, apa tujuannya selain jika
bukan untuk menipu pemikiran supaya orang lain menganggap perkataan ALLAH sama
dengan agama lain.
“Unsur
penipuan itu memang ada, sebab itu kita tidak boleh terima penggunaan perkataan
ALLAH, tetapi apa yang kita tahu, kita tidak bersetuju sahaja. Kita perlu
jelaskan mengapa (perkataan ALLAH) bukan mereka punya dan kita (orang Islam)
punya,” katanya.
Menjelaskan
asal usulnya, Tun Mahathir berkata, pada awalnya Bible bukan ditulis dalam
bahasa Inggeris, sebaliknya bahasa Greek dan Latin.
Katanya,
selepas kedatangan Islam, hanya orang Islam menggunakan ALLAH, namun apabila
penganut agama lain, ingin memperkembangkan agama mereka dalam kalangan orang
Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, maka perkataan God
diterjemah kepada ALLAH supaya mudah difahami.
"Di
Mesir, Bible milik mereka menggunakan bahasa Arab, tetapi tidak menyebut nama
tuhan mereka sebagai ALLAH. Begitu juga orang Kristian, menganggap Jesus
sebagai tuhan, manakala orang Yahudi pula menggunakan Yahweh.
"Untuk
mengembangkan agama mereka, tuhan ditukar sebagai ALLAH. Selepas itu diterjemah
Bible untuk bangsa-bangsa lain. Oleh sebab itu di Indonesia, memang perkataan
ALLAH digunakan dan juga di Malaysia,
ketika zaman sebelum merdeka di Sabah dan Sarawak, mereka menggunakan Bible yang sama menggunakan perkataan ALLAH
,” katanya. – Sinar Harian
No comments:
Post a Comment